Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Felix William Fuentebella yang mewakili Filipina ke SOME ke-43 di Kuching, hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Filipina sambut baik hasrat Sarawak bekal tenaga ke wilayah selatan melalui Sabah

ByFebbright James

KUCHING, 17 Jun: Filipina menyambut baik kesediaan Sarawak untuk mengeksport lebihan tenaga ke selatan Filipina melalui Sabah yang disifatkan sebagai satu langkah yang berpotensi menyumbang kepada kestabilan tenaga jangka panjang di rantau ASEAN.

Menurut wakil Filipina, yang juga Timbalan Setiausaha Jabatan Tenaga Negara Itu, Felix William Fuentebella, tawaran ini juga sejajar dengan usaha memperluas Grid Tenaga ASEAN Fasa Kedua, yang merangkumi sambungan antara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP).

“Kita sedang mencuba untuk memastikan agar (penyaluran tenaga) kawasan dari Borneo Utara ke Filipina dan kawasan sekitarnya dapat berjalan lancar. Oleh itu, kita perlu mengadakan mesyuarat integrasi.

“Selain itu, kita sedang melihat kepada pendekatan saintifik. Ia bukan sekadar pembinaan infrastruktur, tetapi turut melibatkan perkhidmatan sokongan, ketahanan sistem, gabungan tenaga bersih dan penggunaan teknologi terkini termasuk AI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS ketika ditemui pada Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (SOME) ke-43 di sini, hari ini.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kini sedang meneliti potensi untuk menyalurkan tenaga elektrik ke selatan Filipina ketika berucap pada majlis makan malam bagi meraikan delegasi sempena SOME ke-43, malam tadi.

Felix berkata lagi, sambungan tenaga ini merupakan sebahagian daripada Fasa 2 Projek Grid Kuasa ASEAN selepas kejayaan sambungan antara Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura (LTMS) dalam Fasa 1.

Mengulas mengenai potensi tenaga hidro Sarawak sebagai penyumbang jangka panjang kepada kestabilan tenaga di ASEAN, Felix menyatakan keyakinannya terhadap sumber tersebut.

“Ya, kerana di Filipina sendiri kita juga membangunkan banyak projek hidro. Memang kos permulaan tinggi, tetapi dalam jangka panjang, kos bahan api sifar dan loji ini boleh beroperasi sehingga 20, 50 atau 80 tahun,” katanya.

Tambah beliau, dengan sumber hidro, generasi masa depan termasuk anak-anak dan cucu-cucu akan mendapat manfaat daripada pelaburan yang dilakukan hari ini.

“Kita tidak perlu memindahkan kos bahan api kepada pengguna. Inilah pelaburan untuk masa depan rakyat,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan