Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat banduan maut selepas kebakaran berlaku di penjara terbesar Uruguay pada Isnin, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri. Foto hiasan Envato

Empat banduan maut dalam kebakaran di penjara Uruguay

ByBernama

MONTEVIDEO, 17 Jun: Empat banduan maut selepas kebakaran berlaku di penjara terbesar Uruguay pada Isnin, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Institut Pemulihan Kebangsaan (INR) yang berada di bawah kementerian berkenaan memaklumkan bahawa kebakaran tercetus pada awal petang di sebuah sel di Penjara Santiago Vazquez, yang sebelum ini dikenali sebagai Comcar.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran sebelum merebak ke bahagian lain penjara, namun tiga pegawai penjara dilaporkan terkesan akibat terhidu gas karbon monoksida.

Pakar forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Pada September 2024, kebakaran yang dipercayai berpunca daripada pertelingkahan antara kumpulan di penjara sama mengorbankan enam banduan, menurut hasil siasatan pihak kehakiman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan