Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia melonjak ke kedudukan ke -23 dalam laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 berbanding 34 tahun lepas. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam WCR 2025 – MITI

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Malaysia melonjak ke kedudukan ke -23 dalam laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 berbanding 34 tahun lepas.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, peningkatan daya saing negara sebanyak 11 anak tangga itu mencerminkan kemampuan industri tempatan yang penting untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih.

“Pendekatan kerajaan untuk meningkatkan daya saing berdasarkan prinsip ‘whole of government’ juga membuktikan kesungguhan kita dalam memacu penambahbaikan dan pembaharuan struktur di Malaysia secara menyeluruh,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kedudukan itu merupakan pencapaian terbaik negara sejak lima tahun lepas yang turut mencerminkan momentum pengukuhan ekonomi Malaysia.

Jelas beliau ekonomi negara berada pada peringkat pembaharuan yang berterusan, serta mengukuhkan hala tuju untuk berada dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing sebelum 2033.

“Kedudukan keseluruhan dipacu oleh peningkatan dalam tiga faktor iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan.

“Faktor prestasi ekonomi meningkat empat anak tangga ke kedudukan keempat terbaik berbanding tempat kelapan tahun lepas. kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan kedua-duanya meningkat lapan anak tangga,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan