Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sisa runtuhan bangunan yang hangus selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Foto JBPM

Asrama tahfiz, sebuah rumah terbakar di Kampung Warisan

KINABATANGAN, 17 Jun: Sebuah asrama tahfiz dan sebuah rumah kediaman musnah dalam kebakaran di Kampung Warisan semalam, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.43 pagi dan pasukan bomba tiba di lokasi lima minit kemudian, sejauh empat kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah asrama tahfiz jenis kekal terbakar 80 peratus, manakala sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar keseluruhan,” kata Komander Operasi PBK I Jasmani Osni.

Sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang berada di kawasan berhampiran turut musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dan dua pancutan sejauh 500 kaki dengan sumber air dari tangki jentera.

Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 12.47 tengah hari dan operasi ditamatkan pada jam 2.45 petang.

Seramai enam anggota dari BBP Kinabatangan terlibat dalam operasi tersebut dengan sokongan daripada PDRM (10 anggota), RELA (5) dan APM (5). -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan