MINTRED mempersembahkan “Orang Kita,” kisah inspirasi Margaretha, usahawan yang berjaya mencipta jenama sambal sendiri, terkenal dengan sambal bunga kantan yang unik dan menyegarkan. Dengan kerja keras dan sokongan MINTRED, beliau membuka kilang dan kedai sendiri, memperluas perniagaan serta memberi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat. Kejayaan Margaretha membuktikan bahawa semangat dan inovasi, dipadankan dengan sokongan tepat, mampu membawa produk tempatan menembusi pasaran lebih luas.
MINTRED mempersembahkan “Orang Kita,” kisah inspirasi usahawan muda Mohamad Isaac yang berjaya membangunkan gerai nasi lemak “Nasi & Sambal” di Tamu Muhibah Miri. Dengan resepi turun-temurun keluarga dan sambal hijau unik, gerai ini bukan sahaja menawarkan rasa autentik penuh nostalgia, tetapi juga membuktikan bahawa semangat dan warisan budaya mampu membuka peluang kejayaan dalam dunia perniagaan.
MINTRED mempersembahkan “Orang Kita”, kisah inspirasi tentang Natie, usahawan dan tenaga pengajar dalam industri kecantikan. Pemilik Inspire Health & Beauty, Natie bukan sahaja menawarkan rawatan kecantikan, tetapi juga melatih usahawan baru dalam bidang ini.
Selain mendidik, beliau menghasilkan minyak urut buatan tangan dengan ramuan semulajadi untuk kesihatan kulit dan tubuh. Dengan dedikasi dan semangatnya, Natie terus memberi inspirasi dan membangunkan industri kecantikan di Malaysia. 🌿✨
MINTRED dengan bangganya mempersembahkan “Orang Kita”, sebuah kisah inspirasi tentang pengusaha Suzana yang mengangkat masakan Chinese halal ke satu tahap baharu bersama keluarga tercinta. ❤️👩🍳
Resepi warisan suami keturunan Cina, diolah penuh rasa, demi memastikan semua bangsa dapat menikmati hidangan tanpa ragu. Dari dapur ke hati, inilah kisah perjuangan & kasih sayang yang membina legasi.
MINTRED dengan bangganya mempersembahkan “Orang Kita”, sebuah kisah inspirasi tentang pengusaha SM Ecofarm, Mariana, yang berjaya merealisasikan impiannya dengan membangunkan sebuah ecofarm hasil daripada titik peluh dan dedikasinya sendiri. Terletak di tanah miliknya di Bakam, Miri, ecofarm ini bukan sahaja menjadi tempat untuk memelihara kambing dan arnab, tetapi juga menanam pelbagai jenis tanaman dan sayuran yang sesuai dengan prinsip pertanian lestari.
MINTRED dengan bangganya mempersembahkan “Orang Kita”, sebuah kisah inspirasi tentang Mac & Cheese MYY, yang bermula secara kecil-kecilan dengan menjual hidangan mac & cheese di hadapan rumah. Bermula dengan semangat dan kesungguhan, perniagaan ini semakin mendapat perhatian ramai sehingga usahawan tersebut mengambil langkah berani untuk memperluaskan perniagaan dengan menyertai pelbagai pesta dan acara yang dianjurkan di seluruh Sarawak.
MINTRED dengan bangganya mempersembahkan “Orang Kita”, sebuah kisah inspirasi tentang seorang usahawan, Mu’izzudin bin Mohamad Yunus, yang berasal dari Bekenu, Miri.
Gerai Mu’izzudin terletak di Esplanade Bekenu, yang juga dikenali sebagai Pasar Malam Bekenu. Bermula dengan minat yang mendalam terhadap kopi, beliau meluangkan masa untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai jenis biji kopi, proses pemanggangan, dan teknik penyediaan sebelum memulakan perniagaan. Hasil usaha gigihnya, beliau berjaya mencipta perisa kopi unik dan menu khas yang kini menjadi identiti jenama miliknya.
MINTRED dengan bangganya mempersembahkan “Orang Kita”, sebuah kisah inspirasi tentang seorang usahawan wanita yang berjaya memperkenalkan makanan Thailand di Miri. 🇹🇭
Wanita kelahiran Thailand ini menetap di Miri selepas berkahwin dengan suami yang berasal dari Sarawak. Dengan berbekalkan resepi asli dari kampung halamannya, beliau telah mencipta peluang perniagaan yang unik dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
MINTRED dengan bangganya mempersembahkan Orang Kita, kisah inspirasi seorang usahawan bumiputera dari Miri yang berjaya dalam perniagaan sambal terung asam dan air kesihatan bunga telang. 🪻
Dengan kilang sendiri dan standard kualiti tinggi, produk beliau bukan sahaja popular kerana keaslian rasa, tetapi juga kerana manfaat kesihatan dan pendekatan mesra alam. Kejayaannya turut membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat, menjadikannya ikon keusahawanan yang memberi impak positif.
MINTRED dengan bangganya membawakan kisah inspirasi Kaneth, penenun batik Sarawak yang kreatif! 🎨✨
Beliau bukan sahaja mencipta identiti unik untuk batik Sarawak, tetapi juga menarik minat generasi muda melalui seni lukisan batik. Dari Miri ke pentas nasional & antarabangsa, karyanya mendapat perhatian ramai, termasuk VIP & acara berprestij. Saksikan bagaimana beliau memartabatkan warisan budaya ini! 🏆🇲🇾
MINTRED dengan bangganya membawakan kisah inspirasi seorang usahawan yang mengangkat masakan Melanau ke pentas lebih besar! 🌏✨
Dari umaik hingga sambal belacan Melanau, setiap hidangan bukan sekadar menggoda selera, tetapi juga membawa warisan budaya yang kaya. Saksikan bagaimana semangat dan dedikasi beliau memartabatkan tradisi ini ke peringkat lebih luas! 🍽️🔥
MINTRED dengan bangga membawakan kisah luar biasa Stanfordson, aka Tony, usahawan muda di sebalik jenama minyak wangi Tonylicious. 🌹✨
Dengan usaha gigih, kreativiti, dan dedikasi, Tony berjaya mencipta minyak wangi unik yang memenuhi citarasa pelanggan, sekaligus bersaing dalam pasaran yang mencabar.
MINTRED dengan bangganya membawakan kisah inspirasi sekumpulan wanita luar biasa di sebalik jenama Watiza.
Dari penternakan itik hingga penghasilan telur masin berkualiti tinggi, mereka membuktikan bahawa usaha keras dan inovasi mampu mencipta perubahan! 💪🔥