Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya empat wanita maut manakala enam lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Isnin, menurut polis, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

4 maut, 6 cedera dalam letupan kilang mercun di Uttar Pradesh, India

ByBernama

NEW DELHI, 17 Jun: Sekurang-kurangnya empat wanita maut manakala enam lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Isnin, menurut polis, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku di Kampung Atrasi, daerah Amroha, kira-kira 402 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

Pegawai kanan polis di Amroha, Amit Kumar Anand memaklumkan kepada media bahawa empat wanita terbunuh di tempat kejadian dan mayat mereka telah dihantar untuk bedah siasat. Enam wanita yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Anand, kilang mercun itu berlesen.

Pegawai berkata mangsa sedang bekerja di dalam kilang semasa kejadian.

Letupan tersebut mengakibatkan kerosakan besar pada struktur bangunan yang terletak di tengah kawasan pertanian. Punca letupan masih belum diketahui.

Siasatan sedang dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan