Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad pada Khamis. Foto fail AFP

Saintis forensik India kenal pasti 114 mangsa nahas udara Air India – Menteri

ByBernama

BANGKOK, 17 Jun: Pakar forensik dan ahli patologi India mengenal pasti 114 daripada 274 mangsa nahas pesawat penumpang Air India minggu lalu di bandar Ahmedabad, negeri Gujarat, menurut Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri, Harsh Sanghavi pada Isnin.

“Kemas kini Nahas Air India: Laporan DNA setakat 4 petang – 114 padanan disahkan. Proses pengecaman masih berjalan,” kata menteri itu di media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Saluran berita NDTV melaporkan bahawa doktor hanya mengumpul 230 sampel DNA daripada waris mangsa, manakala 274 mayat disimpan di rumah mayat Hospital Awam Ahmedabad. Lebih 60 mayat telah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

NDTV memetik kenyataan doktor dari hospital berkenaan bahawa setiap ujian DNA mengambil masa 72 jam untuk disiapkan, menjadikan tugas 36 pakar forensik dan 10 kumpulan kerja sebagai satu proses yang rumit dan memakan masa.

Pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad pada Khamis. Pihak berkuasa penerbangan India mengesahkan terdapat 242 orang di dalam pesawat. Hanya seorang penumpang terselamat.

Media tempatan melaporkan bahawa pesawat itu terhempas di bangunan asrama pelajar perubatan, mengorbankan puluhan lagi mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan