Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zheng Qinwen Foto Borneo Eco House

Zheng Qinwen catat kedudukan tertinggi karier di ranking keempat dunia

ByBernama

BEIJING, 16 Jun:Bintang tenis China Zheng Qinwen kini menduduki ranking keempat dunia, kedudukan tertinggi dalam kerjayanya, menurut senarai terbaharu Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA), lapor Xinhua.

Pemain berusia 22 tahun itu melonjak naik hasil prestasi cemerlang pada Kejohanan Queen’s Club minggu lalu, satu daripada kejohanan utama gelanggang rumput sebagai persediaan menjelang Wimbledon.

Zheng, juara Olimpik semasa, mara ke separuh akhir gelanggang rumput di United Kingdom buat kali pertama dalam kariernya selepas menewaskan pilihan tuan rumah Emma Raducanu 6-2, 6-4.

Pencapaian itu turut mengukuhkan momentumnya selepas kejayaan di Terbuka Perancis awal bulan ini, apabila beliau mara ke suku akhir buat kali pertama dengan kemenangan 7-6 (5), 1-6, 6-3 ke atas pemain Rusia, Liudmila Samsonova. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan