Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodrigo Holgado antara pemain warisan yang menampil semangat juang tinggi semasa perlawanan menentang Vietnam. Foto FB FAM

Pemain warisan jambatan masa lalu dan masa depan

ByMahathir Haroun

MALAYSIA yang kaya dengan sejarah dan kepelbagaian budaya menyaksikan istilah pemain warisan membawa dua makna penting iaitu dalam arena sukan dan budaya.

Walaupun berbeza medan, kedua-duanya menjadi jambatan antara masa lalu yang penuh nilai dan masa depan dinamik.

Dalam sukan seperti bola sepak, ragbi dan badminton, pemain warisan merujuk kepada atlet berdarah Malaysia tetapi dilahirkan atau dibesarkan di luar negara.

Mereka ini mempunyai kelayakan untuk menyarung jersi negara melalui hubungan keturunan sama ada ibu, bapa atau datuk nenek.

Kehadiran pemain seperti Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Facundo Garces dan Jon Irazabal Imanol Machuca Hector Hevel dan Gabriel Palmero menyuntik nafas baharu dalam pasukan kebangsaan bukan sahaja dari segi taktikal dan fizikal malah membawa pengalaman antarabangsa yang membantu menaikkan mutu permainan negara.

Ini mencerminkan keterbukaan Malaysia untuk menerima anak-anak perantauan yang ingin kembali menyumbang kepada tanah air asal mereka.

Di sebalik sorakan di stadium, terdapat juga perdebatan mengenai identiti dan keikhlasan patriotisme. Adakah pemain warisan benar-benar memahami nilai jersi yang mereka pakai? Dalam hal ini, banyak yang membuktikan kesungguhan mereka dengan belajar lagu kebangsaan, menyertai aktiviti kemasyarakatan dan tidak kurang juga yang menetap lama di Malaysia demi membina kerjaya dan kehidupan.

Sama ada di stadium yang dipenuhi sorakan atau di pentas kecil sebuah kampung, pemain warisan memikul erti yang mempertahankan identiti Malaysia sambil melangkah ke hadapan.

Mereka adalah simbol keterikatan antara sejarah dan harapan, antara darah dan jiwa, antara asal-usul dan masa depan.

Dalam dunia yang semakin global, pemain warisan bukan sekadar lambang keterbukaan Malaysia tetapi juga bukti bahawa cinta kepada tanah air boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuk melalui peluh di padang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan