Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan negara ke Rusia minggu ini bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Vladimir Putin dalam usaha mempertingkat hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Foto AFP

Prabowo akan lakukan lawatan negara ke Rusia, adakan perbincangan dengan Putin

ByBernama

JAKARTA, 16 Jun: Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan lawatan negara ke Rusia minggu ini bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Vladimir Putin dalam usaha mempertingkat hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya dalam kenyataan berkata Prabowo dijadual bertemu Putin di Moscow pada 19 Jun dan akan menyampaikan ucapan khas keesokan harinya pada Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg (SPIEF), antara acara ekonomi utama di Rusia.

“Lawatan negara ini sangat strategik bagi memperkukuh kerjasama komprehensif antara Indonesia dan Rusia,” katanya.

Beliau menambah lawatan atas jemputan Putin itu diadakan ketika ketegangan global semakin meningkat, dan mencerminkan hasrat Indonesia untuk memainkan peranan lebih aktif dalam diplomasi antarabangsa.

Prabowo kini berada di Singapura bagi menghadiri Pemukiman Pemimpin Indonesia-Singapura yang diadakan setiap tahun, yang beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Minggu lalu, jurucakap Kementerian Luar Indonesia Rolliansyah Soemirat mengesahkan bahawa Prabowo tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada kerana telah membuat komitmen awal terhadap lawatan ke Rusia.

Beliau berkata Prabowo telah memaklumkan sendiri perkara itu kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney dan menyampaikan sokongan Jakarta terhadap sidang kemuncak berkenaan, sambil menyeru G7 agar memperkukuh penglibatan dengan negara bukan anggota. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan