Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Muhammad Taufik mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Energy Asia di Kuala Lumpur hari ini. Foto, TVS.

Harga minyak global naik berikutan konflik Selat Hormuz

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ketegangan yang memuncak di Selat Hormuz telah mencetuskan lonjakan harga minyak global susulan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan berlakunya gangguan bekalan harian.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata, kenaikan harga mendadak itu sebagai antara paling ketara sejak krisis tenaga tahun 2022.

“Situasi ini berlaku ketika dunia sedang bergelut dengan kesan tarif timbal balik. Walaupun kita belum dapat mengukur kesan sebenar perkembangan ini, sistem tenaga global tegang (ketika) berhadapan dengan risiko besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan Energy Asia 2025 di sini, hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasaran global kini memantau rapat perkembangan di Selat Hormuz, susulan kebimbangan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran boleh menjejaskan trafik perkapalan di laluan sempit itu.

Anadolu Ajansi melaporkan Selat Hormuz yang terletak di antara Teluk Parsi dan Teluk Oman merupakan laluan laut penting dengan kira-kira satu pertiga daripada perdagangan minyak global, iaitu 17 hingga 20 juta tong minyak mentah dan kondensasi, melalui laluan itu setiap hari. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan