Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program NTW 2025 'Learn On The Go' di Sarawak menunjukkan peningkatan memberangsangkan tahun ini. Foto Ezzany Yusuf (TVS)

NTW 2025 tarik lebih 8,000 penyertaan di Sarawak

ByBong Yi Sien

KUCHING, 15 Jun: Program Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) ‘Learn On The Go’ tahun 2025 anjuran HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia mendapat sambutan menggalakkan di Sarawak dengan penyertaan lebih 8,000 peserta.

Ketua Wilayah HRD Corp Sarawak, Tuty Bujang berkata, ia merupakan salah satu inisiatif  yang diambil dalam membangunkan modal insan di seluruh negara.

“Sejajar dengan kemajuan teknologi hari ini latihan sekarang ini bukan lagi sukar untuk diperoleh kerana semuanya di hujung jari, hanya bergantung kepada kesediaan individu untuk menyertai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program NTW 2025 ‘Learn On The Go’ Sarawak di Aeon Mall di sini, hari ini.

Menurutnya, tahun ini menyaksikan peningkatan lebih 50 peratus rakan kolaborasi dan buat julung kalinya, NTW berjaya menarik penyertaan peserta antarabangsa dari China, Indonesia dan Korea selaras dengan tema pembelajaran tanta sempadan.

“Keunikan NTW 2025 turut terserlah menerusi penyertaan daripada kanak-kanak tadika sehinggalah warga emas, semua diberi peluang untuk mengikuti pelbagai program latihan yang ditawarkan secara percuma oleh rakan-rakan kolaborasi,” ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 337 program telah berdaftar di Sarawak dan jumlah itu dijangka bertambah memandangkan masih terdapat beberapa penganjur yang belum mendaftar secara rasmi.

Program itu berlangsung mulai 14 hingga 21 Jun di seluruh negara dengan berjaya mencapai lebih 2 juta peserta menyertai 71,000 kursus latihan percuma. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan