Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja swasta Abang Zakaria dan Helmi Seruji berkongsi pengalaman bersama keluarga semasa Kem Kapten Keluarga di Damai Escape Park, Santubong pada Ahad. Foto TVS

Kem Kapten Keluarga memori indah Sambutan Hari Bapa 2025

SANTUBONG, 15 Jun: Seorang bapa sinonim dengan watak tegas, pendiam dan jarang menunjukkan kasih secara langsung, namun kasih sayang mereka terhadap anak-anak tetap utuh.

Menyambut Hari Bapa, Kem Kapten Keluarga memberi ruang istimewa kepada bapa untuk mendekati anak-anak melalui pelbagai aktiviti kekeluargaan.

Pekerja swasta, Abang Zakaria Abang Mohamed Aripin menyifatkan program itu sebagai peluang mencipta kenangan bermakna bersama keluarga.

“Kenangan yang tidak dapat dilupai sebab sebagai bapa dan ketua keluarga kita banyak keluar rumah mencari rezeki. Masa bersama keluarga amat singkat.

“Dengan adanya program ini terciptalah satu sejarah bapa dan anak boleh berkhemah, berkongsi ilmu, bertanya khabar bukan hanya sebagai bapa, tetapi juga sebagai kawan yang lebih erat,” katanya.

Seorang lagi peserta, Helmi Seruji, menyambut baik inisiatif tersebut dan menyarankan ia diteruskan setiap tahun.

“Kalau boleh program seperti ini perlu diadakan setiap tahun, ia sangat menarik bagi saya yang baru kali pertama menyertainya.

“Banyak program dan aktiviti yang dirancang bersama anak-anak dan keluarga yang lain, semuanya bergaul,” ujarnya.

Sementara itu, Jurulatih Keluarga LPPKN, Noor Sazali Mansor berkata, program seumpama ini mengangkat peranan bapa dalam keluarga.

“Sebelum ini kita nampak lebih banyak peranan ibu, tapi melalui kem ini kita nak tunjuk bapa juga berperanan besar.

“Bapa mendidik, membesarkan dan membina karakter anak-anak. Kita dapat lihat melalui aktiviti yang dijalankan bagaimana bapa menunjukkan empati terhadap pentingnya menjaga hubungan keluarga,” katanya.

Program anjuran LPPKN itu berlangsung dari 13 hingga 15 Jun di Damai Escape Park, Santubong, melibatkan 23 keluarga dari seluruh Sarawak.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Eksplorasi Kasih Keluarga, Bicara Hati dan Mendengar Emosi serta Jejak Kebapaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan