Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan hadiah kepada peserta ketika Majlis Perasmian Kem Kapten Keluarga di Damai Escape Park di Santubong pada Ahad. Foto TVS

KPWKM perluas intervensi kesihatan mental hingga ke akar umbi

KUCHING, 15 Jun: Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited menyantuni individu yang berdepan masalah kesihatan mental merentas semua peringkat usia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk penyediaan kaunter dan perkhidmatan bas bergerak sebagai usaha mendekati golongan memerlukan.

“Kita sediakan kaunter dan bas bergerak ke lokasi tertentu untuk mendekati masyarakat. Kadangkala individu tidak sedar mereka menghadapi masalah mental. Melalui aktiviti seperti melukis dan sesi interaksi, mereka mula sedar keperluan untuk bercakap dan berkongsi kerana terlalu lama memendam perasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kem Kapten Keluarga di Damai Escape Park, Santubong.

Menurutnya, masalah komunikasi dalam keluarga seperti kurang berbual antara pasangan atau anak dan ibu bapa turut menjadi punca yang perlu ditangani segera.

Nancy turut memaklumkan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) berfungsi sebagai saluran intervensi langsung dan menyeru kerjasama semua pihak bagi menangani isu tersebut secara menyeluruh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan