Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Kevin Michael, Mandy Lo Sze Ping dan suami Nafreel Normin serta Eliana Easter Dominic ketika ditemui TVS hari ini.

Remaja teruja sertai perarakan Narakng Salako Rara

LUNDU, 14 Jun: Remaja yang menyertai perarakan Narakng Salako Rara tahun ini menyatakan rasa teruja dan menganggap ia sebagai platform berharga untuk mengenali serta mendalami adat dan budaya masyarakat Bidayuh Salako dan Rara.

Eliana Easter Dominic, 18, dari Kampung Sebako yang menyertai perarakan itu buat pertama kali berkata, beliau berpeluang mempelajari banyak perkara baharu mengenai budaya kaumnya.

“Ini kali pertama saya sertai dan saya rasa sangat bagus kerana saya dapat banyak maklumat tambahan yang sebelum ini kami sebagai golongan muda kurang tahu mengenai budaya sendiri.

“Melalui program seperti ini, kita boleh menyebarkan pengetahuan ini kepada generasi akan datang,” katanya kepada TVS.

https://staging.tvsarawak.my/2025/06/14/perarakan-narakng-salako-raya-perkasa-warisan-budaya-bidayuh/

Sementara itu, Nissa Normin, 35, juga dari Kampung Sebako menyertai perarakan tersebut untuk kali kedua selepas pengalaman pertamanya tahun lalu.

“Program ini sangat baik dalam usaha memperkenalkan adat dan budaya masyarakat Bidayuh Salako yang merupakan salah satu kaum minoriti. Saya gembira kerana semakin ramai golongan muda mula mengambil bahagian,” ujarnya.

Pasangan suami isteri Mandy Lo Sze Ping, 24, dan Nafreel Normin, 29, turut menyertai perarakan untuk kali kedua.

Menurut Mandy, acara seperti itu perlu terus disertai oleh golongan muda kerana ia memberikan kefahaman lebih mendalam mengenai warisan budaya.

“Sejak menyertai perarakan ini tahun lalu, saya mula mengenali tarian kebudayaan masyarakat Bidayuh Salako yang dipersembahkan di setiap hentian kampung sepanjang laluan perarakan,” ujarnya.

Turut hadir memeriahkan majlis penangguhan perarakan ialah Dr Kevin Michael, 33, seorang pegawai perubatan yang berkhidmat di Hospital Bau.

Beliau yang berasal dari Rawang, Selangor dan berbangsa India berkata, kehadirannya adalah atas undangan keluarga rakan berbangsa Bidayuh.

“Inilah kali pertama saya hadir dan saya amat berterima kasih atas jemputan ini. Di Semenanjung, sukar untuk melihat program budaya seperti ini. Syukur saya diberi peluang menyaksikan sendiri adat tradisional ini,” jelasnya yang berharap dapat turut serta lagi pada tahun hadapan.

Perarakan Narakng Salako Rara tahun ini bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengah hari melalui tujuh hentian kampung sebelum berakhir di Dewan Serbaguna Kampung Serayan Baru. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan