Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Padah tanam ganja di kondominium

ByFirdaus Ismail

GEORGETOWN, 17 Sept : Tindakan pasangan suami isteri yang menanam pokok ganja di sebuah kondominium yang disewa mereka membawa padah apabila kedua-duanya diberkas polis dalam satu serbuan pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menyerbu unit kondominium berkenaan yang terletak di Ayer Itam pada pukul 1.30 pagi selepas risikan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

Katanya, suspek lelaki berusia 38 tahun yang juga seorang pengurus stesen minyak itu ditahan ketika berada di bahagian bawah kediamannya .

” Pemeriksaan awal terhadap suspek menemukan tiga paket lut sinar berisi dadah jenis ganja dan syabu. Ketika memeriksa kediamannya pula, polis berjaya menemui 13 paket ganja dan peralatan menghisap dadah di ruang tamu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya.

Menurut Soffian, pemeriksaan lanjut dalam rumah berkenaan pula menemukan dua batang pokok ganja belum matang yang ditanam dalam pasu plastik dan diletakkan di bahagian balkoni kondominium berkenaan.

” Kedua-dua pokok ganja itu masing-masing berukuran 19 dan 40 sentimeter dan dianggarkan bernilai RM1,180. Dalam serbuan itu juga, polis turut menahan isteri suspek berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani di stesen minyak tempat suaminya bekerja,” katanya.

Polis turut merampas baja yang dipercayai untuk kegunaan penanaman pokok ganja itu, kenderaan jenis Proton Exora serta wang tunai.

” Hasil soal siasat, suspek mengaku dia sekadar mencuba menanam pokok itu selepas mendapati ada biji benih dalam paket ganja kering yang dibelinya sebelum ini. Selain itu, dadah yang dirampas di kediaman itu dikatakan untuk kegunaannya sendiri, namun polis akan menjalankan siasatan terperinci sama ada suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran atau sebaliknya memandangkan jumlah dadah yang dirampas agak banyak,” katanya.

Beliau memberitahu, nilai keseluruhan nilai dadah dan aset yang dirampas berjumlah RM35,591 dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan pasangan berkenaan kini direman sehingga 19 September untuk siasatan lanjut. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan