Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan kugiran popular Masdo serta Noh Salleh dan Iman Troye antara artis yang bakal memeriahkan pentas Festival Muzik OOO 2025! di Heritage Valley, di sni pada 1 Julai depan. Foto Warner Music Malaysia (Domestic)

Masdo, Noh Salleh gegar pentas Festival Muzik OOO 2025! Julai ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Kumpulan kugiran popular Masdo serta Noh Salleh dan Iman Troye antara artis yang bakal memeriahkan pentas Festival Muzik OOO 2025! di Heritage Valley, di sni pada 1 Julai depan.

Ali Masdo berkata kumpulannya teruja untuk memeriahkan festival tersebut dan menjanjikan sesuatu yang menarik buat peminat yang hadir.

“Sebenarnya, apa yang menarik perhatian kami untuk menyertai festival ini kerana barisan penyanyi yang hebat dan mempunyai pengaruh di dalam industri. Rugi sekiranya kami tidak turut serta untuk bersama-sama dengan mereka menghiburkan peminat.

“Kami anggap ini juga sebagai acara ‘pemanas badan’ sebelum berperang dengan konsert sendiri pada 30 Ogos depan bersempena dengan satu dekad penglibatan kami  dalam industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Festival anjuran OPPO dengan kerjasama Warner Music Malaysia itu akan menggabungkan genre muzik pop, hip-hop, indie dan rock dalam satu malam yang pasti tidak akan dilupakan oleh penonton.

Sementara itu, Pengarah A&R Warner Music Malaysia Raqeem Brian pula menyifatkan acara tersebut bukan sekadar konsert tetapi satu sambutan budaya yang menyatukan orang ramai melalui muzik, kreativiti dan inovasi.

“Kami teruja untuk bersama-sama peminat menjayakan festival yang julung-julang kali diadakan bagi menghargai bakat barisan penyanyi yang terlibat selain bakal bekerjasama dengan OPPO dalam menjayakan festival yang unik ini bagi mengetengahkan bakat luar biasa yang kita miliki di Malaysia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan