Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa di Malaysia, khususnya di Sarawak. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi hargai pengorbanan bapa

ByAsmah Adenan

KUCHING, 14 Jun: Seorang bapa bukan sekadar pencari nafkah tetapi juga pelindung, pembimbing, pembentuk nilai dan moral, serta sumber inspirasi utama dalam kehidupan anak-anak.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan sempena sambutan Hari Bapa Sedunia berkata, hari ini istimewa dan masa terbaik untuk menghargai dan mengiktiraf peranan penting insan bergelar bapa dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara.

“Pengorbanan seorang bapa tidak terungkap dengan kata-kata. Dari kecil hingga dewasa, bapa menjadi tunjang keluarga dan penyokong setia dalam setiap cabaran hidup.

“Walaupun kasih sayangnya jarang diluahkan secara lisan, namun setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan adalah bukti cinta yang tidak bertepi demi kesejahteraan keluarga,” katanya.

Menurut Tun Dr Wan Junaidi, bapa turut menjadi simbol ketegasan, ketabahan dan kekuatan yang membentuk keperibadian anak-anak, manakala nasihat dan tindakannya menjadi panduan berharga sepanjang hayat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua bapa atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengharapkan balasan.

“Hari Bapa lebih daripada sekadar perayaan. Ia adalah waktu untuk menzahirkan rasa syukur dan kasih kepada bapa yang sentiasa mendahulukan keluarga dalam segala hal.

“Bapa memikul amanah berat sebagai ketua keluarga dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan masa depan anak-anak sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Beliau menyeru masyarakat meluangkan masa berkualiti bersama bapa dengan melakukan aktiviti bermakna sebagai tanda penghargaan yang tulus.

“Perhatian dan kasih sayang anak adalah hadiah paling berharga buat seorang bapa. Di sebalik kejayaan sesebuah keluarga, berdiri seorang bapa yang berjuang tanpa mengenal penat lelah, dari desa hingga kota, pelbagai latar kerjaya dan merekalah wira sebenar anak bangsa,” jelasnya.

Tun Wan Junaidi turut mengingatkan agar jasa bapa tidak dilupakan terutama bagi mereka yang telah kehilangan insan tersayang itu.

“Kirimkanlah doa dan sedekah buat bapa yang telah pergi sebagai tanda kasih yang tidak pernah terputus,” kata Tun Wan Junaidi. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found