Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran Borneo Star Drift Series 2025 membuktikan Sarawak bersedia menjadi hab permotoran di Borneo. Foto Pejabat Senator Dato Ahmad Ibrahim

Sarawak hab permotoran Borneo menerusi BSDS2025

ByMuqri Aziz

KUCHING, 14 Jun: Penganjuran Borneo Star Drift Series 2025 (BSDS2025) membuktikan kesediaan Sarawak untuk muncul sebagai hab permotoran utama di rantau Borneo.

Presiden Persatuan Permotoran Sarawak, Dato Ahmad Ibrahim berkata, kejohanan itu bukan sahaja mengangkat sukan drift ke tahap profesional malah turut merangsang ekonomi tempatan menerusi pelancongan, penyertaan vendor dan siaran langsung digital yang membolehkan peminat global mengikuti aksi pelumba secara dalam talian.

“Ini bukan sekadar perlumbaan. Ia satu gerakan iaitu pentas untuk bakat tempatan menyerlah, pemangkin industri kreatif dan teknikal dan bukti Sarawak bersedia menjadi hab permotoran rantau ini,” katanya ketika merasmikan kejohanan itu di Litar Lumba Permyjaya, Miri semalam.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Negara berkata, penyertaan pelumba profesional dari Jepun, Thailand, Filipina dan negara jiran lain termasuk nama besar seperti Toni Arakaki, Davide Dorigo dan Mervyn Nakamura meletakkan Miri sebagai destinasi drift serantau yang berpotensi tinggi.

Beliau turut menyatakan komitmen memperkasa pembangunan sukan permotoran di Sarawak, termasuk cadangan membina litar kekal dan memperluas sokongan nasional terhadap program pembangunan akar umbi.

“Saya tabik semangat anak muda seperti Pengerusi Penganjur BSDS2025, Andy Chong dan pasukan KDC Motorsport Club. Dengan sumber terhad, mereka berjaya meletakkan Sarawak di peta dunia drift. Anda semua ada sokongan penuh saya,” ujarnya.

BSDS2025 berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga 15 Jun melibatkan pelbagai kategori perlumbaan, pameran teknikal, pertunjukan kereta dan aktiviti komuniti automotif yang dijangka menarik ribuan pengunjung.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found