Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas pada sidang media di Miri, hari ini. Foto TVS

Sindiket edar dadah tumpas, polis rampas syabu bernilai RM224,000

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 13 Jun: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah menerusi serbuan di sebuah bilik hotel di sini, dengan rampasan syabu dianggarkan bernilai RM224,000.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, serbuan tersebut dijalankan oleh pasukan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bersama IPD Marudi pada Rabu lalu.

“Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dan merampas sebuah bagasi mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 7,000 gram.

“Anggaran nilai rampasan dadah tersebut adalah RM224,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, hari ini.

Menurut beliau, jumlah dadah yang dirampas itu mampu menampung keperluan kira-kira 7,000 penagih.

Saringan awal mendapati suspek positif dadah, manakala semakan rekod jenayah menunjukkan individu terbabit memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik.

Siasatan awal juga mendapati suspek bertindak sebagai ‘pengangkut’ yang datang ke Miri bagi mendapatkan bekalan sebelum diseludup masuk ke Sabah untuk pasaran tempatan.

“Suspek dipercayai menerima bayaran sebanyak RM2,000 bagi setiap kilogram dadah yang berjaya diseludup,” tambahnya.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 12 Jun hingga 19 Jun bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dikenakan hukuman mati.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan