Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita maut tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 16 Sept — Seorang wanita tempatan maut akibat tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang melanda rumahnya di Sungai Palas di sini hari ini.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata K.Vijaya, 59, ditemukan anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands pada 5.41 petang.

“Semasa kejadian, terdapat empat orang di dalam rumah tersebut. Seorang wanita telah tertimbus dan jengkaut telah digunakan untuk mengeluarkan mangsa.

“Sementara itu,  seorang anak perempuannya berusia 29 tahun mengalami kecederaan disebabkan insiden berkenaan manakala suami mangsa dan seorang lagi anak perempuannya berjaya menyelamatkan diri,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hujan lebat kira-kira dua jam sebelum kejadian menyebabkan berlaku pergerakan tanah di bahagian atas sehingga mengakibatkan sebahagian rumah mangsa roboh dan dihanyutkan air. 

Katanya seramai 13 anggota dari BBP Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan