Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pada sidang media Samarahan Bike Challenge 2025 di Kuching pada Khamis. Foto TVS

300 peserta disasarkan sertai Samarahan Bike Challenge 2025

KUCHING, 12 Jun: Seramai 300 peserta disasarkan menyertai Edisi Kesembilan Samarahan Bike Challenge (SBC) 2025 yang bakal berlangsung pada 22 Jun ini di sepanjang Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain mempromosikan gaya hidup sihat, SBC 2025 juga diharap dapat menyumbang kepada pembangunan sukan berbasikal, keusahawanan dan pelancongan di kawasan Kota Samarahan serta sekitarnya.

“Kita kategorikan acara berbasikal ini sebagai sukan pelancongan, di mana di mana peserta daripada luar negara serta luar negeri ini akan akan terlibat dan ini merupakan wadah yang digunakan untuk mempromosi Samarahan dan juga Sarawak secara umum.

“Jadi secara tidak langsung, ia akan membantu merancakkan industri pelancongan baiknya dari segi penginapan, pengangkutan serta jualan barangan di mana mereka yang datang baiknya daripada Semenanjung mahupun Kalimantan, memerlukan penginapan juga makanan semasa mereka bertandang ke Sarawak dan saya melihat ini akan membantu memperkasakan industri pelancongan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, berkata demikian pada sidang media Samarahan Bike Challenge 2025 di Kuching pada Khamis.

Acara berbasikal yang dibuka penyertaannya kepada orang ramai itu akan mempertandingkan tujuh kategori termasuk Terbuka Lelaki (Umur 21 tahun ke atas), Tertutup Sarawak dan Veteran (Umur 40 tahun ke atas), Terbuka Wanita dan Junior (Umur 16 hingga 20 tahun), Belia Lelaki (Umur 15 tahun ke bawah) dan Belia Perempuan (Umur 15 tahun ke bawah).

Sehingga kini, 175 pelumba telah mendaftarkan diri dalam SBC 2025 dan selain warga tempatan, acara berbasikal ini turut disertai oleh para pelumba basikal daripada negara Brunei Darussalam, Kanada, Jerman, British Virgin Island, Indonesia dan New Zealand.

Acara yang mula diperkenalkan sejak tahun 2013 merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Samarahan dan Persatuan Berbasikal Sarawak turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Pusat Beli-Belah Summer Mall.

Samarahan Bike Challenge 2025 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM23,900. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan