Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta di simpang jalan Sarikei-Tanjung Manis, malam tadi. Foto JBPM

Kereta musnah terbakar, tiada pemilik di lokasi

TANJUNG MANIS, 12 Jun: Sebuah kereta jenis Toyota Avanza musnah dalam kebakaran di simpang Jalan Sarikei-Tanjung Manis, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, tiada pemilik kenderaan ditemui di lokasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Alban Gayan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.07 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta masih terbakar namun tiada pemilik berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, malam tadi.

Menurutnya, pasukan bomba segera menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula.

Api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya kira-kira 13 minit kemudian iaitu pada jam 10.20 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan