Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tedung selar tiga kaki yang bersembunyi di bawah peti ais berjaya ditangkap pasukan APM Kanowit. Foto APM

Ular tedung selar sembunyi bawah peti ais di rumah panjang

KANOWIT, 11 Jun: Seekor ular tedung selar sepanjang tiga kaki ditemui bersembunyi di bawah peti ais sebuah rumah panjang di Nanga Tada, mencetuskan panik dalam kalangan penghuni pagi tadi.

Insiden di Rumah Malam, kira-kira 67 kilometer dari pekan Kanowit, dilaporkan selepas seorang penduduk melihat reptilia itu melingkar di dapur sebelum segera menghubungi talian kecemasan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu, Mejar (PA) Mohd Wan Jabir Mohd Wan Badrudin berkata panggilan diterima pada jam 11.30 pagi dan tiga anggota digerakkan ke lokasi.

“Anggota tiba kira-kira jam 12.35 tengah hari dan mendapati ular itu berada di bawah peti ais,” katanya dalam kenyataan.

Ular seberat 600 gram itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas termasuk penyepit, sarung tangan dan helmet keselamatan.

“Operasi dijalankan secara berhati-hati memandangkan ular tedung selar sangat berbisa. Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya lagi.

Ular berkenaan dilepaskan semula ke habitat asal jauh dari kawasan penempatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan