Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbabas ke dalam longkang di Kampung Serayan Baru, Jalan Sematan-Lundu malam tadi.Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu terbabas dalam longkang

SEMATAN, 11 Jun: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbabas ke dalam longkang di Kampung Serayan Baru, Jalan Sematan-Lundu malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.13 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan kereta Perodua Kelisa terbabas ke dalam longkang tepi jalan akibat kemalangan kendiri,” kata kenyataan itu hari ini.

Mangsa dikeluarkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sematan dan diberi rawatan awal oleh paramedik APM.

Tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pihak Bomba.

Setelah mendapati keadaan sekeliling selamat dan terkawal pihak bomba bertolak balik ke balai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan