Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo meninjau perkembangan projek pembinaan jambatan Sejingkat, Kuching, hari ini. Foto TVS

Kontraktor berusaha atasi kelewatan, jambatan Sejingkat lewat 55 hari dari jadual

KUCHING, 11 Jun: Kontraktor projek Jambatan Sungai Sarawak di Sejingkat kini sedang bertungkus-lumus mengatasi kelewatan pelaksanaan kerja susulan isu teknikal melibatkan struktur sokongan jambatan yang menjejaskan jadual asal pembinaan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Infrastruktur) Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo berkata projek di bawah inisiatif Jalan Pesisir Sarawak itu kini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 52.45 peratus berbanding sasaran 59.75 peratus, iaitu lewat 7.3 peratus atau 55 hari daripada jadual.

“Masalah timbul pada peralatan yang digunakan khususnya melibatkan struktur sokongan sementara atau form traveller bagi kerja-kerja pembinaan jambatan,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak projek di Sejingkat, hari ini.

Menurut Aidel, pihak kontraktor sedang mengambil langkah segera mendapatkan struktur sokongan tersebut dari China, selain meneruskan komponen kerja lain yang tidak terjejas.

“Tempoh siap semasa disemak semula kepada Februari 2026, namun kontraktor optimis projek ini dapat disiapkan sepenuhnya dan dibuka kepada pengguna menjelang Jun 2026,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan