Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor semasa Bengkel Penyediaan Senarai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Betong Tahun 2026 di Kuching pada Isnin. Foto Pusat Khidmat DUN Lingga

Lapan projek RTP dilaksana di Lingga tahun depan

KUCHING, 10 Jun: Sebanyak lapan projek bernilai RM1 juta akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Betong pada tahun 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penyenaraian projek berkenaan adalah berdasarkan keutamaan penduduk semtempat.

“Sebanyak lapan projek RTP telah kita kenal pasti untuk dilaksanakan di DUN Lingga menerusi RTP 2026 tahun depan.

“Ia nya adalah berdasarkan keutamaan bagi memastikan keperluan rakyat di kawasan tersebut terus diberi perhatian dan ditangani dengan berkesan menerusi peruntukan RTP,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan kepada TVS selepas Bengkel Penyediaan Senarai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Betong Tahun 2026 di Kuching pada Selasa.

Bengkel yang dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato’ Gerald Rentap Jabu itu adalah bertujuan menyelaras dan membincangkan senarai projek pembangunan secara menyeluruh, berdasarkan keperluan semasa di Bahagian Betong.

Antara projek yang dirancang menerusi RTP di DUN Lingga ialah, Bina Baru Jalan Lorong Rumah Ke Rumah di Kawasan Kampung Hulu Maludam, Bina Baru Sistem Saliran dan Perparitan di Kawasan Perkampungan Komuniti Cina Maludam, Bina Baru Fasa 1 Gelanggang Futsal Kampung Sungai Suak, Menaik taraf Ruai Rumah Panjang Sungai Pedada.

Selain itu ya merangkumi Bina Baru Sistem Saliran dan Perparitan ri Kampung Seberang dan Kampung Triso dan Bina Baru Jalan Konkrit dari Sungai Mulon ke Sungai Daun di Maludam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan