Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ganjaran menanti atlet paralimpik Sarawak – Abdul Karim

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sarawak akan mengumumkan ganjaran untuk atlet para negara yang telah berjuang di kejohanan Paralimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata cadangan mengenai ganjaran dan penghargaan untuk atlet yang telah menyertai kontinjen negara di Tokyo itu sedang diperhalusi kabinet ketika ini.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia dan Sukan Sarawak

“Hujung bulan ini kita akan adakan mesyuarat kabinet dimana kertas berkenaan dengan ganjaran dan penghargaan yang akan diberikan kepada atlet sudah dibawa dan saya rasa selepas mendapat kelulusan kabinet baru kita umumkan.

“Memang ada ganjaran untuk mereka dimana biasanya kita akan beri separuh daripada jumlah yang diperikan oleh persekutuan.” katanya pada majlis ringkas menyambut ketibaan atlet para negara ke sukan paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, pada Khamis.

Terdahulu Bonnie telah mengetuai lima atlet paralimpik dan seorang jurulatih negara kelahiran Sarawak pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir dua tahun menjalani latihan dan berjuang dipentas antarabangsa.

Mereka ialah Bonnie Bunyau Gustin, Jong Yee Khie, Muhammad Nur Syaiful Zulkifli, Jamery Siga, dan Wiro Julin, serta jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam.

Ketibaan mereka turut disambut meriah oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan