Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang MPV. Foto fail Bernama

Nahas Gerik: KPWKM hulur bantuan, sokongan emosi kepada mangsa terlibat

ByTVS

PUTRAJAYA, 10 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyalurkan bantuan wang tunai dan sokongan emosi kepada mangsa yang terlibat dalam nahas bas tragik awal pagi Isnin.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sumbangan RM1,000 akan disalurkan oleh timbalannya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, yang turut hadir melawat mangsa yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Hari ini, beliau melawat 10 mangsa yang sedang dirawat di ICU, dan setiap seorang akan menerima sekurang-kurangnya RM1,000.

“Kemudian, kami akan memberi perhatian kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia, kerana kami faham mereka juga memerlukan masa untuk menghadapi situasi ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan pembukaan Program Women Seminar 2025 EmpowerHER di Putrajaya pada Selasa.

Menurutnya, pihaknya turut menyediakan sokongan emosi melalui pasukan kaunseling yang bersedia membantu keluarga mangsa secara berperingkat.

“Kita perlu membantu mereka dengan memberikan sokongan, khususnya sokongan emosi.

“Namun, kita tidak boleh terus menghampiri mereka serta-merta kerana mereka masih dalam tempoh berkabung,” katanya.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang MPV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan