Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki yang mewakili Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Solar Fotovoltaik dan Tenaga Pintar 2025 di Shanghai, hari ini.

Sarawak perkukuh peranan sebagai ‘Bateri ASEAN’ melalui strategi peralihan tenaga mampan

ByNajib Imran

SHANGHAI, 10 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan komitmen negeri itu untuk memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui di rantau ini dengan misi jelas untuk menjadi ‘Bateri ASEAN’ melalui pelaksanaan strategi peralihan tenaga yang mampan, inklusif dan berimpak tinggi.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sedang melaksanakan beberapa inisiatif penting, termasuk sambungan grid rentas sempadan ke Sabah dan Brunei serta perancangan sambungan kabel dasar laut ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.

“Usaha ini merupakan langkah strategik ke arah pembentukan Grid Kuasa Borneo, seterusnya menyumbang kepada Grid Kuasa ASEAN yang bakal memacu pertukaran tenaga bersih antara negara-negara serantau,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Solar Fotovoltaik dan Tenaga Pintar (SNEC PV Expo) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) Dato Ibrahim Baki.

Dato Ibrahim Baki pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Solar Fotovoltaik dan Tenaga Pintar 2025.

Menjelaskan lagi, Premier berkata usaha Sarawak diperhebatkan dengan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) bersama China Three Gorges International Cooperation (CTGI) dan Shanghai Electric bagi membangunkan projek solar terapung berskala besar di Empangan Bakun yang merupakan empangan hidroelektrik terbesar negara.

Projek berpotensi menjana sehingga 1,000MW itu dijangka mengukuhkan lagi kapasiti tenaga boleh diperbaharui negeri serta menarik pelaburan strategik dari pasaran global.

“Kita menyasarkan untuk menjana 1,500MW tenaga solar berskala besar menjelang 2030 yang merupakan satu langkah penting ke arah masa depan tenaga hijau” ujarnya.

Abang Johari turut menaruh keyakinan Sarawak mampu untuk mencapai sasaran 10GW kapasiti penjanaan tenaga menjelang tahun 2030 dan meningkat kepada 15KW pada 2035 melalui gabungan sumber tenaga bersih seperti hidro, solar dan hidrogen.

Strategi ini jelas beliau dipandu oleh Polisi Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) dan diperkukuh melalui pindaan Ordinan Elektrik 2023 yang membuka ruang lebih luas kepada penyertaan sektor swasta dan inovasi tenaga baharu.

Beliau turut berkongsi bahawa usaha kerajaan Sarawak dalam memperkasakan keupayaan domestik Sarawak melalui inisiatif elektrifikasi luar bandar dan teknologi hijau melalui program Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme (SARES).

Di peringkat pengguna, Sarawak melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering – NEM) yang membolehkan pemilik sistem solar PV menerima kredit bagi lebihan tenaga yang dihantar ke grid sejajar dengan sasaran untuk meningkatkan penyertaan rakyat dalam sistem tenaga mampan dan memperkukuh peranan pengguna sebagai penyumbang tenaga.

“Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam membangunkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui yang kukuh, seterusnya mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga bersih dan mampan serantau yang diyakini pelabur antarabangsa,” katanya.

Abang Johari turut menjemput perwakilan persidangan tersebut untuk menghadiri Sarawak Energy’s Sustainability and Renewable Energy Forum (SAREF 4.0) yang bakal diadakan di Kuching pada September 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan