Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan ketika berucap pada Tayangan Perdana Filem Space Between di Vivacity Megamall, Kuching, hari ini. Foto TVS

Filem saluran promosi budaya dan pelancongan Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 9 Jun: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) komited menyokong pembangunan industri perfileman di wilayah ini termasuk penerbitan filem pendek dan dokumentari yang menampilkan warisan budaya serta destinasi pelancongan tempatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Snowdan Lawan berkata, karya kreatif seperti filem pendek Space Between merupakan antara pendekatan berkesan dalam mempromosikan Sarawak khususnya lokasi bersejarah seperti Gua Niah yang baru-baru ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

“Sebentar tadi kita menyaksikan satu produksi filem pendek atau dokumentari yang mengangkat sudut pandang peribadi dan pada masa yang sama mempromosikan Sarawak khususnya Gua Niah.

“Walaupun mengandungi elemen fiksyen, ia tetap menjadi medium yang efektif untuk memperkenalkan budaya dan destinasi pelancongan wilayah ini,” katanya pada sidang media selepas Tayangan Perdana Filem Space Between di Vivacity Megamall, di sini hari ini.

Menurut Snowdan, kementeriannya sentiasa menyokong penerbitan karya seni kreatif yang mengangkat naratif tempatan serta memaparkan nilai budaya Sarawak.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai banyak lokasi menarik dan kaya dengan nilai sinematik yang sesuai dijadikan latar pelbagai genre filem, termasuk dokumentari dan filem fiksyen.

“MTCP sentiasa menyokong usaha penerbitan filem seperti ini agar budaya, warisan dan lokasi pelancongan di Sarawak dapat dipromosikan lebih meluas di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Sebagai contoh, kita memiliki banyak lokasi yang sesuai untuk filem genre seram, dan ini membuka peluang kepada penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja menarik tetapi turut menonjolkan keunikan budaya kita,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan