Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Terengganu menghantar satu unit kereta peronda (MPV) bersama dua anggota untuk mengiringi van jenazah mangsa kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik, Perak. Foto Polis Besut (Facebook)

Polis Terengganu hantar MPV iring van jenazah pelajar UPSI pulang

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 9 Jun: Polis Terengganu menghantar satu unit kereta peronda (MPV) bersama dua anggota untuk mengiringi van jenazah mangsa kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik, Perak.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata inisiatif itu diambil bagi membantu melancarkan perjalanan pergi dan pulang kesemua van jenazah terlibat susulan laporan kesesakan jalan di Gerik.

“Kami dimaklumkan jalan di Gerik sedikit sesak, jadi polis telah menggerakkan sebuah MPV dari Besut ke Gerik untuk mengiringi van jenazah pergi dan pulang.

“Selain itu, polis Kelantan di setiap daerah yang akan dilalui juga membantu mengiringi van jenazah untuk melancarkan perjalanan jika berlaku kesesakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Khairi meminta orang ramai bekerjasama dengan memberi laluan agar kenderaan polis dan van jenazah itu dapat sampai ke destinasi dengan segera.

Seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut manakala 17 lagi parah apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kira-kira 1 pagi tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan