Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga pelajar UPSI. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Facebook)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga pelajar UPSI mangsa nahas bas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar itu.

Dalam hantaran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah Angkatan Pertahanan Awam Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan