Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa kebajikan 54 pelajar Malaysia di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) terjaga. Foto fail AFP

KPT jamin kebajikan 54 pelajar Malaysia di Harvard

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Jun: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa kebajikan 54 pelajar Malaysia di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) terjaga meskipun berdepan isu pembatalan pensijilan universiti tersebut di bawah Program Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVP) oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) AS.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPT memaklumkan perkara itu dipantau rapi melalui Pejabat Education Malaysia di Washington D.C. (EMWDC) termasuk menjalin komunikasi dengan penaja dan pihak berkuasa pendidikan AS.

“Sehingga kini, seramai 54 pelajar Malaysia mengikuti pengajian di Universiti Harvard, terdiri daripada 16 pelajar tajaan dan 38 pelajar pembiayaan sendiri.

“Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Perintah Tahanan Sementara (TRO) yang difailkan oleh Universiti Harvard, memberikan kelegaan kepada lebih 6,800 pelajar antarabangsa di universiti berkenaan,” menurut kenyataan KPT.

Keputusan itu membolehkan pelajar antarabangsa meneruskan pengajian tanpa gangguan kepada status visa buat masa ini.

KPT turut menegaskan tiada pelajar Malaysia yang menghadapi masalah berkaitan Sistem SEVIS atau penarikan semula visa setakat ini.

Bagi pelajar baharu yang dijadualkan memulakan pengajian pada September 2025, mereka dinasihatkan berhubung dengan universiti dan penaja masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

KPT turut menasihati semua pelajar supaya sentiasa mengemaskini maklumat berkaitan Latihan Praktikal Pilihan (OPT) dan berhati-hati dalam setiap urusan imigresen.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan