Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakaman CCTV kejadian kemalangan langgar lari di Jalan Apas, Tawau pada pagi Ahad.

Lelaki cedera dirempuh pikap ketika bersenam

ByTVS

TAWAU, 9 Jun: Seorang lelaki berusia 34 tahun cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian langgar lari ketika sedang bersenam bersama rakannya di Batu 3, Jalan Apas, awal pagi semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, insiden berlaku kira-kira jam 3:50 pagi ketika mangsa bersama-sama 20 rakan lain sedang melakukan aktiviti senaman dari arah McDonald menuju ke Bandar Seri Indah.

“Mangsa bersama dua rakannya berada di hadapan kumpulan. Ketika melalui kawasan hadapan Swan Cake, mangsa yang berada di bahagian kanan jalan telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna ‘bronze mica’,” menurut kenyataan itu.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke dalam parit konkrit di sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan di kepala.

Ketika ini, mangsa sedang dirawat di Wad Pembedahan Lelaki, Hospital Besar Tawau, dalam keadaan stabil.

Pihak polis kini giat mengesan pemandu kenderaan terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kenderaan terlibat diminta menghubungi ASP Joan Lee di talian 019-8537100 bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan