Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan lori yang membawa muatan kayu balak kemalangan dan terbakar serta menyebabkan seorang lelaki rentung. Foto JBPM

Lelaki rentung dalam lori muatan kayu balak

BINTULU, 8 Jun: Seorang lelaki berusia sekitar 57 tahun ditemukan rentung selepas terperangkap dalam sebuah lori muatan kayu balak yang terbakar dalam satu kemalangan kendiri di laluan balak Samarakan, dekat sini, petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, bahagian kepala lori terbabit terbakar 100 peratus selepas terlibat dalam kemalangan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 12.56 tengah hari dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu tiba di lokasi pada jam 2.10 petang.

“Mangsa didapati telah rentung sepenuhnya dan masih berada di dalam kenderaan. Kebakaran dipadamkan sepenuhnya oleh pekerja syarikat menggunakan dua unit alat pemadam api sebelum ketibaan bomba,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan kayu untuk mengumpil struktur besi yang menghalang kaki mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.49 petang dan diserahkan kepada pihak polis pada jam 4.20 petang untuk tindakan lanjut.

“Operasi menyelamat turut berdepan cabaran apabila laluan ke lokasi sejauh 26 kilometer dari jalan utama hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan empat roda disebabkan permukaan jalan balak yang tidak berturap dan berlumpur.

“Tiada akses untuk jentera FRT dan EMRS masuk ke lokasi. PKO terpaksa menggunakan kenderaan milik syarikat bagi membawa anggota serta peralatan ke tempat kejadian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan