Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pearly-Thinaah sekali lagi bergelar naib juara di Jakarta selepas turut mara ke pentas akhir Indonesia Masters awal tahun ini. Foto BAM (FB)

Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tewas di tangan beregu nombor satu dunia

ByBernama

JAKARTA, 8 Jun: Hasrat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melakar kejuaraan sulung di kejohanan bertaraf Super 1000 tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China pada aksi final Terbuka Indonesia 2025 di Istora Senayan di sini, hari ini.

Dalam perlawanan sengit selama 87 minit, pasangan pilihan keempat dunia itu akhirnya terpaksa tunduk 25-23, 12-21, 19-21.

Pearly-Thinaah berjaya bangkit daripada ketinggalan 8-14 pada set pembukaan untuk meraih kemenangan 25-23 namun dominasi lawan pada dua set berikutnya menyaksikan pasangan negara gagal mengekalkan rentak.

Kini berada di kedudukan keempat dunia dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Pearly-Thinaah beberapa kali cuba mendahului permainan namun pasangan China berjaya mengekalkan kelebihan mereka sehingga ke penghujung.

Selepas perlawanan, Pearly menjelaskan masih banyak ruang yang perlu dipelajari dan diperbaiki untuk meningkatkan prestasi terutamanya penetapan minda (mindset) meskipun telah turun bermain dengan semangat tinggi.

“Kami sebenarnya berada dalam kedudukan yang baik, sepatutnya boleh tamatkan perlawanan dengan kelebihan. Tapi di penghujung, mungkin kami agak hilang fokus sedikit,” katanya.

“Sebenarnya, dari awal permainan lagi kami sudah rasa penat, tapi kami saling ingatkan sesama sendiri untuk terus bertahan, sebab ini perlawanan terakhir. Kami hanya mahu beri segalanya yang kami ada di atas gelanggang,” tambah Pearly.

Sementara itu, Thinaah berkata mereka akan menggunakan masa lapang bulan ini untuk berehat sepenuhnya dan memulihkan tenaga kerana tiada kejohanan besar yang akan disertai dalam tempoh terdekat.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah sekali lagi bergelar naib juara di Jakarta selepas turut mara ke pentas akhir Indonesia Masters awal tahun ini.

Prestasi konsisten mereka bagaimanapun mengukuhkan reputasi sebagai antara pencabar utama dalam acara beregu wanita di peringkat dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan