Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hakim Danish raih kemenangan pertama musim ini di Aragon. Foto Red Bull TV

Hakim Danish raih kemenangan pertama musim ini di Aragon

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mengulangi pencapaian musim lepas apabila menjuarai perlumbaan kedua pusingan ketiga MotoGP saingan Rookies Cup di MotorLand Aragon, Sepanyol hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan itu merupakan kemenangan beliau yang pertama musim ini dan juga penamat podium kedua di pusingan ketiga buat dirinya selepas menamatkan perlumbaan pertama di tempat kedua semalam.

Pada perlumbaan kedua hari ini, pelumba berusia 17 tahun yang bermula di petak ketujuh itu berjaya memintas satu demi satu lawannya dan terus cemerlang menampilkan tunggangan memukau pada dua pusingan terakhir untuk memenangi perlumbaan dengan catatan 26 minit 52.773 saat (s).

Pelumba Sepanyol, Brian Uriarte terpaksa akur di tempat kedua selepas hanya dibezakan 0.188 saat (s) manakala rakan senegaranya David Gonzalez meraih tempat ketiga dengan catatan 26 minit 52.968s.

“Ya, akhirnya kami meraih P1. Perlumbaan tadi sangat hebat untuk hari ini dan agak sukar…Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada penaja saya dan keluarga dan semua rakan saya yang menyokong saya dan selamat hari raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia,” katanya sejurus selepas perlumbaan.

Kemenangan yang diraih Hakim Danish menyaksikan anak jati Terengganu itu melebarkan kedudukan pendahulu dengan mengumpul 125 mata, mempunyai kelebihan 30 mata berbanding Uriarte di tempat kedua.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Mugello Itali pada 21 dan 22 Jun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan