Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki OKU hilang

ByBernama

KUANTAN, 8 Jun: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa, Sabri Ismail pada 9.29 malam tadi.

Beliau berkata lelaki berkenaan yang merupakan seorang OKU mental berkulit cerah, berketinggian 178 sentimeter dan bertubuh gempal dengan berat kira-kira 90 kilogram.

“Lelaki itu kali terakhir dilihat di kawasan sekitar Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-266 2222.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan