Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan lima warga asing bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut ditikam di ladang sawit New Paloh, di Kluang semalam. Foto hiasan Envato

Lelaki warga asing maut ditikam, lima rakan senegara ditahan

ByBernama

KLUANG, 8 Jun: Polis menahan lima warga asing bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut ditikam di ladang sawit New Paloh, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kesemua lelaki Indonesia yang berusia antara 21 hingga 31 tahun itu ditahan sekitar Paloh kira-kira 1 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya menerima makluman pada 9.36 pagi semalam berhubung seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini akibat tikaman di dada kiri.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang dan anggota Balai Polis Paloh menahan lima suspek di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati kesemua lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing ke atas mereka adalah negatif.

Bahrin berkata kelima-lima suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7766822,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan