Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Ibadah Korban di Kampung Punang dan Lawatan Kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang Lawas hari ini. Foto TVS

Pelan Induk Pembangunan Kampung Punang perkasa aspek ekonomi dan pelancongan – Awang Tengah

LAWAS, 7 Jun: Kawasan Kampung Punang bakal berubah wajah melalui pembangunan strategik yang melibatkan sektor ekonomi, perindustrian dan pelancongan yang menarik.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak melalui RECODA dan agensi pelaksana lainnya akan memastikan semua pelan induk pembangunan Kampung Punang akan dapat memberi impak kepada kehidupan rakyat dalam aspek mengangkat ekonomi mereka.

“Kita akan bangunkan estet industri di Pulau Sari yang akan dilaksanakan tahun ini.Jeti yang akan digunakan nanti sebagai kemudahan untuk pelabuhan dalam dan ia juga akan dilaksanakan dalam tahun ini.

“Kita juga sedang meluluskan pelan induk, pelan tempatan apa yang hendak kita bangun di sepanjang kawasan ini.Estet industri ini akan menarik pelabur-pelabur tempatan ataupun luar yang melibatkan pembangunan kawasan pelancongan,” katanya pada Majlis Ibadah Korban di Kampung Punang dan Lawatan Kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datu Ubaidillah Latip dan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Menurutnya lagi, dalam pelan induk berkenaan turut melibatkan rancangan itu untuk padang golf dan tempat peranginan untuk menarik penyertaan pihak swasta, malah beliau optimis masyarakat di Kampung Punang dapat memanfaatkan peluang yang cerah di hadapan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu berkata, kerja-kerja pembinaan masjid baru iaitu Masjid Terapung Kampung Punang kini telah mencapai lebih 90 peratus pembinaan,  setakat ini ada beberapa kerja penambahbaikan akan dilakukan untuk memastikan masjid ini dapat disiapkan dengan segala kelengkapan untuk keselesaan umat Islam yang akan menggunakannya kelak.

Katanya, projek ini dilaksanakan oleh pihak RECODA bakal menjadi mercu tanda baharu bagi Kampung Punang.

“Kerja pembinaan tebingan sungai Kampung Punang yang tergendala dahulu di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) juga akan dibangun semula melalui pihak RECODA yang akan mula dilaksana tahun hadapan.

“Dari segi perkembangan projek itu kini mencapai 90 lebih peratus siap namun saya minta untuk membuat beberapa perubahan,” ujarnya.

Katanya, pembinaan benteng pemecah ombak juga akan dibina di kawasan pantai Punang bagi mengawal arus dan gelombang darpada memberi kesan kepada pembangunan di kawasan pesisir pantai Punang. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan