SRI AMAN, 7 Jun: Dua buah kenderaan iaitu Perodua Rusa dan kereta mewah Mercedes di dalam premis Yeng Siang, Jalan Pasir Panas di sini, terbakar, semalam.
Komander Operasi, Mohd Fadhli Buyong berkata, pihaknya menrima panggilan berhubung kes itu jam 2.59 petang dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba membuat size-up dan membentang satu aliran salur bantu mula sumber air pili bomba dan pam jentera untuk memadam kebakaran tersebut.
“Kebakaran hanya melibatkan kenderaan tanpa melibatkan struktur bangunan.Kenderaan Perodua Rusa terbakar keseluruhan manakala kereta Mercedes terbakar 80 peratus bahagian dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kenderaan kedua iaitu Mercedes adalah kenderaan yang rosak dan hanya digunakan sebagai barang ganti.
Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan. – TVS