DHAKA, 6 Jun: Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus pada Jumaat berkata pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada April tahun depan, lapor Xinhua.
“Saya mengumumkan kepada rakyat bahawa pilihan raya umum yang akan datang bakal diadakan pada satu tarikh dalam separuh pertama April 2026,” katanya.
Yunus berkata demikian dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen sempena sambutan Aidiladha yang akan disambut di negara itu pada Sabtu.
Beliau berkata bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya akan membentangkan peta hala tuju pilihan raya secara terperinci pada “masa yang sesuai.”-TVS