Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sistem ini bertujuan mengurangkan masa respons dan menyokong operasi perubatan kecemasan, terutamanya semasa kesesakan di tanah suci. Foto fail AFP

Dron hantar ubat ke hospital Haji menerusi ujian pertama di Tanah Suci

ByBernama

MINA (Arab Saudi), 7 Jun: Arab Saudi buat kali pertama menggunakan dron bagi menghantar ubat-ubatan dan bekalan perubatan ke hospital serta pusat kesihatan di tanah suci, sebagai sebahagian daripada projek perintis sempena musim Haji tahun ini.

Operasi yang dikendalikan oleh Kluster Kesihatan Makkah bersama National Unified Procurement Company (NUPCO) menjadi langkah penting untuk mempercepatkan dan meningkatkan kecekapan logistik penjagaan kesihatan para jemaah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Antara penghantaran utama ialah pek ais ke Hospital Kecemasan Mina bagi merawat keletihan dan strok haba.

Inisiatif itu merangkumi beberapa fasa, termasuk penyediaan barangan, pembungkusan mengikut piawaian Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan Saudi (SFDA) dan pemantauan masa nyata menerusi papan pemuka pusat bagi memastikan penghantaran yang tepat dan selamat.

Sistem ini bertujuan mengurangkan masa respons dan menyokong operasi perubatan kecemasan, terutamanya semasa kesesakan di tanah suci.

Penggunaan dron adalah sebahagian daripada usaha memodenkan perkhidmatan kesihatan di bawah Wawasan Saudi 2030, menzahirkan komitmen kerajaan untuk menyediakan rawatan yang selamat dan cekap kepada para jemaah sepanjang musim Haji. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan