Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premis pempengaruh terkenal dipecah masuk, barang bernilai RM10,000 lesap. Foto Media Sosial

Premis pempengaruh terkenal dipecah masuk

KUCHING, 7 Jun: Sebuah premis milik pempengaruh media sosial terkenal, Bos Michael di Batu Kawa di sini, dipecah masuk awal pagi tadi.

Menurut kenyataan pihak polis, kejadian berlaku sekitar jam 3.45 pagi apabila beberapa suspek dipercayai memecah masuk melalui pintu hadapan premis dengan membaling batu, menyebabkan kerosakan pada tingkap kedai.

Bos Michael, yang memiliki lebih 500,000 pengikut di TikTok dan Instagram, dikenali sebagai usahawan muda dalam bidang aksesori kereta melahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Saya sampai di kedai dan mendapati tingkap hadapan telah dipecahkan. Saya tak sangka perkara seperti ini boleh berlaku. Banyak barang aksesori kereta yang hilang,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau turut menyeru pihak berkuasa untuk meningkatkan rondaan dan pengawasan, khususnya di kawasan perniagaan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk speaker kereta serta pelbagai peralatan elektronik dengan anggaran kerugian sekitar RM10,000.

Siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan