Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program vaksinasi untuk remaja di Sabah bermula hari ini

KOTA KINABALU, 16 Sept: Pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah bermula hari ini 16 September.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet negeri Sabah semalam.

Jelas beliau, langkah itu seiring dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memberikan vaksin kepada golongan remaja dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

“Ia juga merupakan salah satu persediaan bagi membolehkan pelajar sekolah untuk kembali belajar secara bersemuka pada 3 Oktober ini,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 53.9 peratus daripada 2.76 juta penduduk dewasa Sabah sudah menerima vaksin lengkap manakala, sebanyak 68.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan