Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Armizan bercakap dalam sidang media di Putrajaya berkenaan kelonggaran diberikan kepada peniaga kecil untuk menggunakan LPG. Foto, Facebook Mohd Armizan Mohd Ali.

Penggunaan LPG bersubsidi oleh peniaga mikro, kecil dilonggarkan

ByTVS

PUTRAJAYA, 5 Jun: Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan dan minuman diberi kelonggaran untuk menggunakan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu mendapatkan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kelonggaran ini berkuat kuasa serta-merta dan akan terus diguna pakai sehingga pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 dimuktamadkan.

“Jemaah Menteri telah memperakukan supaya tiada tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga makanan dan minuman berskala mikro dan kecil yang menggunakan silinder LPG bersubsidi bagi keperluan perniagaan mereka.

“Mereka juga dibenarkan untuk mendapatkan bekalan LPG bersubsidi tanpa keperluan memiliki PBKB,” katanya dalam sidang media di sini hari ini .

Tambah Mohd Armizan, pindaan baharu sedang dirangka dengan mengambil kira kepentingan dan kelangsungan peniaga kecil, serta memastikan pelaksanaan undang-undang yang lebih jelas dan mudah dipatuhi.

Jelasnya, PPKB (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021 menetapkan sekatan terhadap pemilikan dan penggunaan LPG melebihi 42 kilogram (kg) pada satu-satu masa oleh peniaga tanpa permit khas.

“Antara fokus utama pindaan ini adalah untuk memastikan keperluan peniaga mikro dan kecil diberikan perhatian secara bersasar, selain mewujudkan kejelasan dari segi perundangan untuk memudahkan penguatkuasaan dan pematuhan,” jelasnya.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan