Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak kemungkinan untuk membuka pejabat promosi pelancongan di Jepun sekiranya terdapat permintaan dan potensi yang memberangsangkan daripada pasaran negara itu. Foto: Alex Teo (TVS)

Kerajaan Sarawak pertimbang tubuh pejabat pelancongan di Jepun

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Jun: Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan cadangan membuka pejabat promosi pelancongan di Jepun sekiranya terdapat permintaan yang berterusan dari pasaran negara tersebut.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata setakat ini Sarawak belum merancang penubuhan pejabat khusus di negara matahari terbit itu.

“Setakat ini kita sudah membuka Pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) di Singapura dan Brunei Darussalam serta satu lagi yang sedang dirancang di Bandaraya Pontianak, Kalimantan Barat.

“Cadangan kerajaan memang ada untuk membuka pejabat di Abu Dhabi tetapi sekiranya diperlukan untuk ditubuhkan di bandaraya dan negara lain maka kita boleh pertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Leo Forum 2025 District 308-A2 di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai peningkatan mendadak pelancong dari Jepun yang menunjukkan minat untuk tinggal lebih lama di Sarawak.

Menurut Abdul Karim, pelancong terbabit boleh memohon untuk tinggal di Sarawak melalui program Sarawak menerusi Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang kini menerima sambutan positif terutama daripada warga China, Korea, Singapura dan Eropah.

Namun begitu, katanya ia terpulang kepada mereka untuk menilai dan melihat sendiri apa yang ditawarkan oleh Sarawak.

“Apa yang dapat saya perhatikan terutamanya daripada kalangan pemohon dari Eropah dan China ialah mereka melihat Sarawak sebagai sebuah destinasi yang selamat serta memiliki kemudahan perubatan yang baik.

“Ini kerana kebanyakan pemohon terdiri daripada golongan warga emas yang secara umumnya lebih terdedah kepada masalah kesihatan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai permohonan, Abdul Karim mendedahkan bahawa tahun lepas mencatakan bilangan sebanyak 600 permohonan diluluskan di bawah program S-MM2H sekali gus jumlah yang hampir sama dijangka tahun ini.

Dari aspek pendidikan katanya faktor penarik khusunya dilihat kepada warga Korea Selatan yang menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Inggeris di Sarawak manakala ibu bapa mereka pula memohon di bawah program S-MM2H. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan