KAPIT, 15 Sept : Seorang penjawat awam ditahan polis kerana disyaki merakam aksi seorang pelayan wanita sedang membuang air kecil dalam kejadian di sebuah kedai makan di bandar ini baru -baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dikesan melakukan perbuatan berkenaan ketika mangsa berada dalam tandas di tempat kerjanya.
“ Perbuatan suspek disedari mangsa yang kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Menurut Aidi, polis kemudian berjaya mengesan dan menahan suspek yang berasal dari Sabah itu dan merampas telefon bimibitnya.
Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan