Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) mendapat pujian Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Sultan Brunei puji perkhidmatan, kepakaran IJN – Anwar

ByBernama

PETALING JAYA, 5 Jun: Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) mendapat pujian Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Sultan Brunei amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kepakaran doktor di IJN sepanjang baginda dirawat di pusat perubatan itu.

Anwar berkata penghargaan itu disampaikan secara peribadi oleh Sultan Brunei ketika beliau menziarahi baginda di IJN petang semalam sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan hari yang sama.

“Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, di sini malam tadi.

Anwar berkata pujian itu seharusnya menjadi dorongan kepada sektor kesihatan negara serta sektor lain untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tidak sekadar berbangga dengan pencapaian sedia ada.

“Kita harus mengakui kelebihan dan kekuatan yang kita ada, tetapi pada masa sama perlu memandang ke hadapan untuk bersaing secara sihat dengan negara lain. Jangan hanya puas hati, sebaliknya jadikan itu motivasi untuk terus menambah baik,” katanya.

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.

Baginda dilaporkan berehat di IJN pada 27 Mei kerana keletihan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan